skip to main |
skip to sidebar
Tiba-tiba rase macam nak wat entry pasal ni pas terbace dalam email.....Penting ni....Cik Qaseh share lah ngan korang yer...Jom-jom...
KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN merupakan nadi utama dalam sesebuah perhubungan khususnya ikatan suami isteri. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun begitu bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan. Apatah lagi melahirkan kepercayaan kepada insan yang selama ini disayangi atas faktor luaran pasangan mahupun faktor kesangsian yang sentiasa memainkan peranan memburukkan keadaan.
Justeru, tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya-mempercayai meskipun sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Menurut Perunding Motivasi dan Keluarga terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, membina kepercayaan itu bukanlah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan hati dan perasaan pasangan dan individu.
"Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya kepada pasangan, suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan bertolak-ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.
Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.
Bagaimanapun, tegas beliau, kepercayaan boleh dibina sekiranya seseorang itu menjadi individu yang boleh diramal kerana ikatan perkahwinan memerlukan individu yang telah 'dikenali' oleh pasangan.
"Sekiranya ingin melakukan 'kejutan' kepada pasangan misalnya, bukannya tidak boleh, tetapi ia perlu dilakukan dengan tenang dan konsisten.
"Ini kerana sikap yang konsisten banyak membantu dalam membina kepercayaan. Dalam apa jua situasi seharusnya anda perlu mempercayai kemampuan pasangan anda," jelasnya.
Dalam apa jua keadaan, jelasnya, pasangan tidak perlu terlalu melulu atau bergantung harap sepenuhnya kepada pasangan tetapi cukup sekadar berpada-pada.
Bagaimanapun jelasnya, dalam membina kepercayaan kepada pasangan, apa pun haruslah bersikap jujur sepenuhnya.
"Berlakulah jujur dalam apa jua situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan diri sendiri serta membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan,'' ujarnya.
Selain itu, sikap matang juga memainkan peranan yang penting dalam menjalinkan hubungan.
"Sikap matang dalam menangani sebarang masalah terutamanya tidak cemburu buta, juga menunjukkan bahawa pasangan mempunyai kepercayaan terhadap diri pasangan masing-masing.
"Ini secara langsung akan membuatkan anda turut menaruh kepercayaan kepada pasangan anda,'' katanya.
Dalam membina kepercayaan, katanya, seharusnya pasangan tidak melakukan sesuatu yang yang boleh meragut kepercayaan pasangan, sebaliknya berterus-terang kepada pasangan sekiranya ingin membuat sesuatu tindakan.
"Sekali anda melakukan kesalahan, pasti pasangan anda akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku berlaku sesuatu di masa akan datang," jelasnya.
Sumber: Forwarded Email
0 comments:
Post a Comment