Aku bermonolog sendirian, pernah ku nyatakan untuk tidak berkahwin, kerana perkahwinan bukan suatu yang mudah. Tambah pula apabila mengenangkan syabab hari ini sudah tidak berkualiti, sesungguhnya ku merindui syabab keluaran Madrasah Nabi… Tapi…perkahwinan kan satu sunnah, maka ku serahkan segalanya pada Allah, jika ada jodoh ku. Aku pun tak pasti siapakah bakal imamku? Pengharapan kita pada Allah jadi serahkan segala-galanya pada-Nya.
Buat bakal imamku,
Aku tak pasti dan tak tahu siapakah bakal imam yang akan mengemudi masjid yang bakalku bina suatu hari nanti. Namun,hanya satu harapan ku, aku mengharapkan Allah menghadirkan seorang syabab yang mampu membimbing diri ini ke jalan yang diredhai-NYA. Buat bakal imamku, ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik rupa parasnya, yang lembut tuturnya, ku hanya insan biasa yang terkadang melakukan salah dan silap, jangalah mengharapkan kesempurnaan dari diri yang hina ini.
Aku inginkan seorang suami yang mampu menjadi imam tika ku ingin solat, yang mampu bersamaku dalam perjuangan ini. Sedarlah bakal imamku, telahku pasakkan cintaku buat perjuangan Islam. Sedarlah bahawa bakal isterimu ini telah menginfakkan dirinya untuk perjuangan Islam kerana syahid impiannya. Jadilah dikau bakal imamku, yang sentiasa membenarkan setiap derap langkahku untuk perjuangan jihad ini.
Buat bakal imamku,
Cita-citaku adalah untuk mati syahid sebagai mujahidah yang memperjuangkan Islam. Sanggupkah engkau bersamaku dalam perjuangan ini. Aku tak mahu bakal imamku tidak menyibukkan dirinya untuk memikirkan masalah ummah. Tak sanggup rasanya aku melihat bakal imamku hanya bersenang di rumah sedangkan ummahnya sedang menderita. Buat bakal imamku, jika kau mengahwiniku, maka kau juga perlu berkahwin dengan perjuangan jihad ini. Ya Allah Kau kurniakanlah aku seorang suami yang turut berjuang bersama untuk menegakkan syiar ISLAM. ALLAHUAKBAR!
0 comments:
Post a Comment