Percintaan antara Adam dan Hawa merupakan satu fitrah yang mana memerlukan antara satu sama lain. Masih ujudkan cinta yang tulus dan ikhlas?. Cinta kerana rupa paras akan luntur, pada harta akan berkurangan, juga kerana budi bukan ikhlas namanya hanya keterpaksaan. Cinta kerana Allah akan kekal hinggalah ke-akhir hayat dan bersambung ke akhirat.
Cinta yang hadhir berlaku seperti panahan petir, tanpa diduga. Cinta bermula dari panahan mata (pandangan) kemudian turun ke hati. Mata dan hati mempunyai ikatan yang kuat. Apabila pandangan mata tidak dijaga akan menjerumuskan hati pada pelbagai elemen. Seperti lirik lagu " Dari kerana mata yang mempunyai kuasa". Berapa ramai yang menanggung derita atau kehancuran kerana hanya bermulakan dari kerlingan mata. Zina mata sesuatu yang sukar dikawal, bencana pada diri sendiri barasal dari mata. Mata yang sering memandang, lalu memberi senyuman, bertegur sapa dan akhirnya membuahkan keinginan untuk membuat pertemuan.
Pada pertemuan melahirkan satu perasaan yang melintasi pada fikiran lantas akan melahirkan nafsu syahwat, yang mana akan terdorong dan terlahirlah perasaan bagi memenuhi kehendak hati yang jahat. Dan tidak mustahil terjadinya perlakuan yang terlarang, sehingga sanggup mempertaruhkan maruah diri. Ingatlah bersabar menjagamata lebih mudah daripada menanggung derita sesudahnya, malah akan menjadi satu sejarah hitam dalam hidup. Mata adalah tempat syaitan memancing, pada pandangan mata adalah indah bagi yang mudah membuka ruang pada syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Tiga pasang mata yang tidak akan menyentuh api neraka, iaitu mata yang menutup dari apa yang diharamkan oleh Allah, dan mata yang terjaga di jalan Allah, dan mata yang menangis kerena takutkan Allah."
(HR Imam Hakim & Imam Bahaqy)
0 comments:
Post a Comment