RSS

Friday, March 11, 2011

Akhirnya....Tiada G.I.G.I Tapi......

Semalam tak sempat nak update blog pun...menanggung kesakitan punya pasal! Dah 2-3 hari dah sakit gigi ni, tapi semalam memang tak boleh tahan dah...ku gerakkan kakiku melangkah ke Klinik Kesihatan Putrajaya.... huhuhu....


Adoi, cem mane nak gi ni? Dah la tak pernah sampai pun klinik tu, redah jer lahhh...uishhh, berdenyut-denyut betol gigi ni...dah tak boleh tahan dah ni. Betol lah, kalau Allah dah tetapkan sesuatu benda tu AKAN berlaku, ia PASTI akan berlaku...On the way nak gi klinik, sampai kat satu traffic lite tu, kebetulan lampu pun merah, Cik Qaseh berenti la. Baru je pas tarik handbreak tetibe dengar bunyi 'streeeeeeeeeeeeeeeetttt'...apa pulak tu! Cik Qaseh baru je nak mendongak tengok cermin tetibe je dengar bunyi 'bummmm'...uish, bergegar badan Cik Qaseh.....


Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrgghhhhh.....kete Cik Qaseh kene cium lagi....huhuhu...dah la sakit gigi, sakit hati pulak! Aduyaiiiiiiiii..........ape lah malangnyer nasib Cik Qaseh ni...tapi nasib baik la orang tu sanggup nak bayar semua. Nak tunggu Cik Qaseh? Kopak la duit Cik Qaseh....Tengah sakit gigi ni memang tak boleh nak fikir benda lain dah, kete pun dah tak masuk otak dah...fikir nak cabut gigi jer ni......


Selamat mencabut gigi, baru nak fikir pasal kete. Terus call orang tu ajak settle. Orang tu pun ok and kitorang pun gerak arr gi bengkel kat Sg. Besi....tersadailah kete tu sehari semalam, ape nak buat? Dah nasib.....huhuhuhu.....harap-harap hari ni dah siap...dan Cik Qaseh doa sangat-sangat mintak dijauhkan lah dari segala malapetaka lepas ni....Amin Ya Rabbal A'lamin.

0 comments: