skip to main |
skip to sidebar
Pasangan adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.
Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.
Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.
Sebelum bercinta,kita berusaha menjaga hatinya,tidak mengutuknya dan cuba untuk membuatkan dia gembira dan tidak berkecil hati.
Selain itu kita menunjukkan rasa hormat dan minat terhadap si dia..namun setelah bercinta dan untuk tempoh beberapa lama,ada yang sudah mula mengambil mudah isu ini.
Bahkan sikap saling memghormati juga sudah hilang,apabila menegur dah tidak berlapik lagi,apatah lagi bila sanggup mengutuk ,menghina dan membuatkan hati si dia terguris.
Bila dah jadi mcm nie,masing-masing jadi jauh hati.Kecewa sedih dan mungkin tidak dapat lagi menerima satu sama lain dengan cara yang sama seperti dulu lagi.
Jadi untuk pasangan di luar sana,apabila cinta,Kekal kanlah sikap menjaga hati, dan hormat menghormati diantara satu sama lain.
0 comments:
Post a Comment