RSS

Tuesday, March 29, 2011

Lawak lagi : Lelaki kena kahwin 3 baru OK?

Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.
 
Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
 
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
 
      Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
       Isteri : Kenapa pula?
 

      Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris “satu” is one,
                  “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
 
       Isteri  : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang

                  “singular” dan “plural”.
 

      Suami  : Berkenaan apa tu?

       Isteri  :  Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
 

      Suami : Contohnya?
 
       Isteri  : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. 

                  Kalau 2 kereta,jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?


      Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan? 

       Isteri  : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.
 
      Suami : Macam mana pula boleh sama? 

       Isteri  : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi 
                  plural bang. Maka tambahkan saja “S”.Abang MAMPUS lah kalau nak 
                  dua atau lebih1 isteri.
 
Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. Hehehehe....

Sumber : Forwarded Email
 

0 comments: