RSS

Thursday, January 27, 2011

...MY ALL...

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side
 
[Chorus:]

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
 
Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight
 
[Chorus]
 
Give my all for your love
Tonight
 

Sakit Jiwa dan Hati....

Susahnye nak puaskan hati orang...tapi yang 'orang-orang' ni pun satu....kenape perlu nak masuk campur hal orang lain??? Jaga hal masing-masing dah la...Cik Qaseh tau niat diorang mungkin baik tapi masalahnya cara tu tak betol....sampai nak memecah-belahkan hal orang lain, macam mane tu? Adoyaiii....sakit jiwa betol la....Dah elok-elok duduk diam-diam, tak pasal-pasal semua orang dah macam kene shot karen....menggeletis tak tentu pasal...


Depan Cik Qaseh cakap lain, belakang Cik Qaseh cakap lain pulak...asal ko cakap macam kap lam ya nga ni? Asal sebelum-sebelum ni tak cakap...asal tetibe sekarang baru nak bersuara??? Ko pun bukannye tau ape pun, harap dengar dari mulut orang je pun kan??? Tak boleh ke hidup kalau tak dengar cakap orang??? Ko boleh MATI ke kalau tak dengar cakap orang sehari??? Tolonglah.......macam la dorang tu yang bagi makan engko!! Memamg trend orang-orang kat sini macam ni ek??? Orang yang pertama cakap 2-3 patah je tapi biler sampai orang yang ke 10 maik aiiihhhh, berpuluh-puluh patah kot!!! Sedapnyer lah menokok tambah yer?? Tak per lah, sedap jugak bilangan dosa yang ko kumpul.....


Kalau ko nak dengar orang cakap, ko dengar sorang-sorang, tak per lah....TAPI tak perlu la sampai nak menghasut orang lain kot??? Nak-nak pulak orang yang dengar ko cakap tu mulut tempayan and mulut longkang.....amboi amboi amboi....makin sedap la cerita tu yer!!!!


Tak per lah, kalau korang rase hepi dengan wat cem tu, teruskanlah!!! For me, Cik Qaseh tau ape yang Cik Qaseh buat...non of your bussiness!!! Kalau Cik Qaseh tau benda tu salah, tak kan lah Cik Qaseh nak buat kot? Tak kan lah lari dari mulut buaya sanggup pulak nak terjun dalam mulut harimau? Ya Allah, tuhan aje yang tau ape yang Cik Qaseh rase sekarang. Ingatkan dah setle semua masalah, bolehlah Cik Qaseh menarik nafas lege..ade lagi rupanya! Dugaan betol...Kalau melibatkan diri Cik Qaseh sorang je tak pe, tapi bile dah melibatkan family Cik Qaseh, betol-betol dah membuatkan Cik Qaseh bengang dan marah...Cik Qaseh tak suke...tolonglah, jangan cari pasal dengan Cik Qaseh...


Cik Qaseh akan maafkan 'korang-korang' yang buat hal tu kalau 'korang-korang' memang ada niat nak berubah dan menyesal....biarkan Cik Qaseh cari jalan Cik Qaseh sendiri...tak perlu susah-susah nak amik tau...kalau betol nak amik tau, kenape sekarang? kenape tak dari dulu lagi. 'Korang-korang' inginkan perubahan, tapi bila perubahan ada depan mata kenape kesalahan yang lalu korang persoalkan? For me, past is past. Bukak buku baru dan tutup buku lama. Semua orang pun pernah buat silap...jadi tak salah kalau semua orang ingin membetulkan kesilapan tu....Tolonglah, jangan menilai orang dari luaran! Jangan pandang orang sebelah mata dan yang penting, jangan terlalu mudah menghukum dan menilai orang lain seolah-olah 'korang-korang' tu sempurna sangat!!!


p/s: memang sangat sakit hati dengan orang macam ni...hope Allah permudahkan segalanya buat Cik Qaseh...En. Naga, hope sanggup bersusah payah dengan Cik Qaseh yer...Terima kasih atas segalanya.... 



Wednesday, January 26, 2011

STESEN LRT B.T.R - STESEN LRT BANDARAYA - STESEN LRT B.T.R

Percaya tak semalam Cik Qaseh ngan En. Naga sempat gi SOGO balik dari keje? Hah, jangan tak tau...kalau ngan En. Naga ni semuanya sempat jer...yang tak tahan tu, gi SOGO naik Star LRT...uishhhh, Cik Qaseh dah lamer giler tak naik pengangkutan awam ni...LRT ke, Monorel ke, komuter ke....bas lagi lah...tup tup boleh pulak naik LRT semalam. Nak elak jem punyer pasal lah ni...tapi kan best jugak...kalau tau, dari dulu lagi dah ajak En. Naga naik LRT... jimat duit minyak ngan duit paking....hehehehe...


sempat lagi...turun escalator jer pun...ishk3...
ekelehhh.....aksi poyo En. Naga...control je...
ekekeke...jap2, muke Cik Qaseh yang kecik comel
ke atau terlebih close-up??? hehehe
adoyaiiii...asal lambat sangat tren ni sayang???
view malam dari stesen lrt bandaraya

- S.A.Y.A S.A.N.G.A.T S.U.K.A 2 -

Kalau perasan, entry ni adalah kesinambungan daripada entry yang lepas....ekekeke.. suke + happy + seronok giler kot????

EN. NAGA HITAM

DARI MALAM TADI SAMPAILAH KE HARI NI, CIK QASEH BETOL-BETOL SANGAT HAPPY...

KENAPE...KENAPE...KENAPE ???

SEBAB APE YANG CIK QASEH TUNGGU SELAMA BEBERAPA MINGGU NI DAH DAPAT...

BUKAN CIK QASEH SORANG JER, YANG 'SATU' LAGI TU PUN MESTI HAPPY GILER...

'DIE' MESTI DAH TAK SABAR NAK KAWAN NGAN KAWAN BARU...EKEKEKE...

CIK QASEH NGAN EN. NAGA PUN DAH TAK SABAR KAN KAN KAN?

JENG...JENG...JENG...


TARAAAAAAA.....

DARI 1 DAH JADI 2....PASNI MESTI LAGI BANYAK KAN ???

TERISTIMEWA BUAT EN. NAGA, 
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KERANA MEREALISASIKAN IMPIAN CIK QASEH DAN MENGOTAKAN JANJI EN. NAGA...SOB...SOB...SOB...

Wahhhh, makan besau !!!

Huishhhhh........penat sungguh menapak ke Alamanda tadi...

Semalam dah pegi...hari ni gi lagi...ish3, rajin betol Cik Qaseh ni kan???

Tak de maknanyer lah...Semalam temankan En. Naga beli novel RAM kat MPH 
(die memang giler dgn novel RAM ok!). Hari ni pun temankan En. Naga gak, nak tau nape??? hehehe.....seluar die zip rongak + tertanggal...hehehe...zip tercabut la...ape ke hal nye ganeh bebenor En. Naga ni??? sampai tercabut kepala zip tu hah..ishk3...kan tak pasal-pasal kene beli suar baru...hehehe...tak per lah bang, lagi pun suar tu kan dah lame...
t balik kite gi anto kat kedai shida gi jahit zip nyer tu yer....

Menapak satu hal...perut Cik Qaseh pun satu hal jugak...ntah ape yang seronok sangat berperang tu tak tahulah (perang dalam perut k...). 5-6 kali asyik mengulang jumpe Dr. TAN jer...adoyaiiiiii....En. Naga dah merungut tu....LAPO LAPO LAPO katenyer....ishk3... 
SABO SABO SABO...malaihnyer lah nak menapak jauh-jauh...McD cukup arrrr....

Beratur jangan cakap la, cem biase....panjang wooooo!!! Tak pe, tak pe...sabo sabo!
Nak mentekedarah ape ni En. Naga??? Prosperity Burger ok tak?? (ayat memujuk sebenarnya, teringin benor nak makan prosperity...ekekeke)

Taraaaaaa......Hasilnya....

ehsan dari google
McDonald Prosperity Burger sorang satu set + Coke (En. Naga punyer) + Mc Fizzy (Cik Qaseh punyer) + Mc Flurry (En.Naga punyer) + Sundae Coklat (Cik Qaseh punyer) = M.A.K.A.N   B.E.S.A.R

p/s: balik dari Alam's dengan penuh kemengahan...terhungap-hungap...ekekeke

Haha...gelak jap...

Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan
mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol
belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana
berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."


Lawak 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."."Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...

..."TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI"...

 "TANDA 7 HARI"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan

 "TANDA 3 HARI"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"TANDA 1 HARI"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

 "TANDA AKHIR"

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula....amin

Rahsia Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar



Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan. 

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut. 

Seluar Warna Terang 
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah. 

Seluar Gantung / Hanger 
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia. 

Seluar Ketat 
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

TANDAS LEBIH BERHARGA DARI SEBUAH RUMAH PPRT

Rumah PPRT

Tandas Awam

Tandas awam Taman Muhibah, Jasin merupakan tandas awam pertama yang bertaraf lima bintang di negara ini. mula dibina pada 6 Mei 2009 dan siap sepenuhnya pada 29 September tahun lalu berjumlah RM115,000. Bandingkan dengan harga kos sebuah rumah PPRT yg cuma hanya berjumlah RM27000 sebuah. Maknanya 3 buah rumah PPRT dapat dibina berbanding hanya untuk sebuah tandas yg bukan untuk manusia berehat untuk sesebuah keluarga. 

p/s: dari luar cantik giler.....agak-agak dalam pun cantik gak ker??? ^_^

Tuesday, January 25, 2011

Hidup biarlah selalu menghargai...

Kisah Si Udin

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur. 

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat 

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie... 

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur. 

Udin: Ubat apa ? 

Isteri: Ubat tidur. 

Udin: @#%^#^????
 



NENEK UDIN

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor. 

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh! 

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie... 

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan) 

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat. 

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek. 

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!! 

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya. 

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye? 

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!! 

Udin: Nenek pegang kat mana? 

Nenek: pagar rumah

Udin: "$%^&(#....." 



MASALAH PENDENGARAN
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran. 

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor. 

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya." 

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. " 

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan..Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. 

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. 

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit. 

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit: 

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!" 

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

...M.I.S.T.I.K...

Kadang-kadang susah nak percaya pada benda-benda yang ghaib dan mistik ni...percaya lebih-lebih takut khurafat tapi kalau tak percaya pun susah gak sebab benda alah ni memang wujud...manusia, biasalah...manelah cepat puas dengan apa yang ada...mesti ada je yang kene di mata dan tak puas di hati....bila tak puas hati, cara yang paling senang nak puaskan, guna jalan singkat....main bomoh atau dukun, ubat guna-guna, tangkal, minyak dagu, hembus-hembus, santau, bla-bla-bla....kalau nak cakap memang tak abes la kan...banyak noooo benda yang orang gune. Serbuk terkorak lah, abu mayat lah, janin bayi lah.....astaghfirullahalazim....laknatullah betul la siapa yang buat keje-keje haram macam tu.....


Nak kate Cik Qaseh percaya....sangat-sangat tu tak lah....nak kate tak percaya, benda dah jadi depan mata, tak kan nak tolak tepi pulak kan...ermmmm, dasyat betol lah manusia yang main dengan benda-benda macam ni.. memang berani sangat-sangat lah...tak fikir dosa dan pahala agaknya....nauzubillahiminzaliq!!!!!

Kenapa perlu nak aniaya orang lain dengan cara begini semata-mata nak puaskan hati yang penuh dengan dendam kesumat tu??? Ya Allah...banyak lagi kot cara lain yang boleh dibuat....Ingatlah,Allah tu maha berkuasa. DIA tau dan nampak apa yang kita lakukan...

Pada yang sesiapa yang pernah 'terkena' sampai begitu sekali,sabarlah...bertawakallah pada Allah SWT...dekatkan diri padanya....Insyaallah, DIA akan melindungi kite...pada yang berdamping dengan benda-benda tersebut, bertaubatlah selagi hayat di kandung badan... Allah itu Maha Pengampun...



Kalaulah LALA macam ni....









Alangkah kemasnya rumah Cik Qaseh....
(pic: ehsan from yahoo)

Manusia paling rugi...


Manusia paling rugi di dunia adalah manusia yang tidak dapat menikmati bahagia. Dia rugi kerana bahagia boleh membuat dia jadi gembira selama mana yang dia mahu. Dia amat rugi kerana mengecapi bahagia menjadikan dia rajin berusaha membina hidup lebih sempurna.

Bahagia cinta letaknya dihati, bukan pada harta, wang dan segala bentuk material. Ia lahir dari hati, menyentuh hati lain. Harta, wang dan segala bentuk material hanya alat yang dipergunakan untuk mengubah rasa bahagia, sama ada untuk memunculkannya atau untuk menambah tahapnya menjadi lebih tinggi.

Kita memberikan sesuatu pada orang yang kita cinta, supaya dia berasa bahagia. Sebagai balasan, satu hari kita juga akan diberikan sesuatu olehnya, kerana kita membuat dia bahagia. Life is about giving and receiving.Cinta adalah proses memberi dan menerima.

Cinta jadi bahagia bila masing-masing saling memberi kemaafan dan meminta kemaafan. Jadilah seorang yang pemaaf. Dalam rasa maaf, ada bahagia cinta...

Monday, January 24, 2011

...Syukur Alhamdulillah...

Dari tahun lepas membawa ke tahun 2011, ade je dugaan-dugaan yang muncul...lepas satu, satu yang datang... bermacam ragam pulak tu. Syukur lah pada Allah S.W.T kerana memberi kesabaran dan ketabahan yang kuat pada Cik Qaseh...


Satu masalah yang tersangatlah berat dah selesai. Ya Allah, Cik Qaseh hampir putus asa sebenarnya. Penat + letih sangat nak menghadapi masalah yang same tapi disebabkan tak nak mengaku kalah, Cik Qaseh kuatkan jugak semangat Cik Qaseh. Alhamdulillah....Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...DIA tau apa sebenarnya yang terbaik untuk Cik Qaseh...ermmmm, memang betul lah. Doa orang-orang yang teraniaya sebenarnya sentiasa dimakbulkan-NYA...DIA tau sama ada kite layak atau tidak...Cik Qaseh syukur sangat-sangat sebab semua masalah hampir selesai...memang betullah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan bagi Cik Qaseh hikmahnya sangat-sangat menggembirakan....


Tak rugi sebenarnya kite bersabar dan tabah dengan apa yang berlaku...Allah dah tentukan balasan yang selayaknya untuk itu...DIA tau apa yang patut dikurniakan pada hambanya... bukannya seperti sesetengah manusia yang tak pernah dan tak tahu nak bersyukur walau sedikit pun...pastu mengharapkan sesuatu dari Allah....ermmmm, memang tak la kan....mengamuk sane, mengamuk sini, maki sane, maki sini...memang patut lah ape yang ko dapat...


Cik Qaseh dah rase nikmat kesabaran dan ketabahan tu....Ya Allah....tak terungkap dengan kata-kata....Syukur Alhamdulillah...Cik Qaseh bahagia sangat sekarang...


Cik Qaseh harap kebahagiaan ini berterusan selagi hayat dikandung badan...Cik Qaseh sentiasa berdoa...Cik Qaseh bahagia dengan kehidupan sekarang...Cik Qaseh harap 'die' pun bahagia dengan Cik Qaseh...


p/s: Cik Qaseh harap En. Naga benar-benar bahagia sekarang....

Think about this....

1. At least 5 people in this world love you so much they would die for you.
2. At least 15 people in this world love you, in some way.
3. The only reason anyone would ever hate you, is because they want to be just like you.
4. A smile from you, can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.
6. You mean the world to someone.

7. Without you, someone may not be living.
8. You are special and unique, in your own way.
9. Someone that you don't know even exists, loves you.
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it. 
11. When you think the world has turned it's back on you, take a look, you most likely turned your back on the world.
12. When you think you have no chance at getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, you probably sooner or later will get it. 
13. Always remember complements you received, forget about the rude remarks.
14. Always tell someone how you feel about them, you will feel much better when they know. 
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they're great. 

HATI SEORANG WANITA

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.


Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"