RSS

Thursday, December 30, 2010

BAR vs BRA



1. Both words have the same letters
2. Both are drinking zone
3. Both have restricted timing for opening & closing
4. More importantly, both make mens crazy when open

p/s: hahahaha....siot jer....tapi cem betol jer....

ARIES (21 Mac - 20 April)


Bentuk tubuhnya yang tinggi dan tegap menunjukkan 
dirinya yang kuat bekerja.Bagi dirinya cinta adalah sesuatu yang penting dan 
disebabkan itu dia 'benci' jika terpaksa hidup berseorangan tanpa teman. 

 Pun begitu, dia mempunyai sikap yang tidak begitu menyenangkan kerana 
di awal percintaan, dia merupakan seorang kekasih yang baik, suka bercanda dan 
menghiburkan pasangannya. 

Namun, setelah lama berkenalan, sikapnya mula berubah dan selalu menyakitkan hati, 
curiga dan suka marah-marah.

p/s: ermmmm......speechless jap...t saye tanye ngan En.Naga...

Wednesday, December 29, 2010

...I LOVE U...


I LOVE U SOOOOOOOOOOOOOOOOOO MUCH!!!!!
p/s: En. NAGA HITAM

Tuesday, December 28, 2010

Kueh Koci @ Nasi Ambeng???

kueh koci...ehsan dari google...

Confius jap....

Rasenye macam beli kueh koci...bukan 1, 2 tau....15 ketol (hamek ko)

Tapi asal bila balik je umah, bukak je polistrin dah jadi cem ni???

nasi ambeng...ehsan dari google...

Nasi??? Rupa cem nasi ambeng jer....

Ape kes??? Ni mesti ade orang salah amik bekas polistrin

Huhuhu.....kempunannye nak makan kueh koci....

Sorry ye mak n Honey Maddu...x de rezeki korang.....

p/s: sape lah makhluk yg tersalah amik tu...bukannye nk tukar balik!!!!

C.I.N.T.A

Jika kamu memancing ikan..

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu..

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin

ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA..
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan . Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti
membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN .
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu
juga yang akan MENYESAL....


Berani Makan ???

Pelik giler.....

Makanan ape ni???

biskut waris jari hantu

bubur tangan bayi

roti tangan kencing manis

sup kepala tikus

tembikai otak
Pelik bukan ????????????

- Kisah Biskut -

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni.. dah la tak mintak dari aku.. makan sama banyak dengan aku pulak tu.Pencuri!!..rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar..kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral of story:Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang

Ding...Dong...Bell....


Ape kes???

Ermmmm....dah lame x update blog....

Malas arrrrghh....huhuhu....eh, salah.....x berkesempatan....

Tunggu ekkkk........babai.....


Wednesday, December 22, 2010

Lembu lebih pandai dr manusia?

LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...

1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.

2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut, petang dia balik rumah.

3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke...

4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.

5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.

6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.

7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.

8 ... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.

9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.

10 ... lembu tak ada buang masa membaca artikel karut macam ni...kah kah kahhhh

Lawak sengal : Asal Usul Kejadian Mangkuk Tandas

Ada sorang negro ni telah sesat dipadang pasir sorang
sorang, dah beberapa hari dia tak makan dan tak minum,
dia berjalan tanpa ada bekalan, perut dan terlalu lapar,
dahaga dah tak boleh nak cakap, tapi dia masih berharap
dapat keluar dari padang pasir tu.
Pada hari seterusnya, waktu panas matahari tengah terik,
dia dah mula tak mampu nak berjalan, terlalu pelahan,
hinggalah dia terpaksa merangkak, tiba-tiba
semasa merangkak tu di pasir tu, macam cerita dulu dulu,
dia terjumpa botol, macam botol kicap, siap ada penutup
gabus lagi,
Cepat-cepat dia cabut penutup gabus tu, untung untung ada
air, tapi bukan air yang keluar, asap yang keluar, dan tiba
tiba satu jin menjelma depan dia…..

“Terima kasih tuan, kerana melepaskan saya dari botol ini,
buatlah tiga permintaan wahai tuan”
Apa lagi seronok la negro tu, dia pun cepat-cepat minta
perkara yang dia nak, untung untung dapat
“Wahai jin, aku nak tiga perkara tu, pertama, aku nak duduk
tempat yang selalu ada air, kedua, aku nak jadik putih, ketiga,
he he, yang ini tak taulah kalau boleh, aku nak selalu tengok
ponggong perempuan, boleh ke?”
“BOLEEEEEEEH, tuan bersiap sedia, saya akan penuhi sekarang
juga”
PLING!!!!!
Maka terciptalah mangkuk tandas ……
Gitu ler citer nyer..waakakaka…Korang kene lagi..Hahaha
Asal usul kejadian mangkok tandas
p/s: sengal nyer lah.....

Tuesday, December 21, 2010

20 Amalan Murah Rezeki

1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyakkan istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

11. Menjalin silaturahim

12.  Melazimi kekal berwuduk

13. Bersedekah

14. Melazimi solat malam

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20.Bertawakal

p/s: semoga dimurahkan rezeku selalu....Amin...

Bermain dengan nombor.....^_^

1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8
3- nk taw ekh?erm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la b'debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)
13- tgl cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k

p/s: sampai bile nak abes klu cem ni????? conpius tol.....

Kenapa kita perlu balik kerja awal???

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan....

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,



FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda?



Apa  makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER+ (A)ND +(M)OTHER+ (I)+ (L)OVE+ (Y)OU



" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
 

Malaysia vs Vietnam

Jom tengok bola

Malaysia vs Vietnam, Stadium Putra Bukit Jalil, (15 Dis 2010), 8 malam

tiket bola yg dibeli 2 hari awal

fokus...fokus...

wahhh....excited pulak...sokong cese pun x cem ni...

hahaha...sempat lagi.....

close up sket....hehehe


yehhhhhhhh.......

finally.....Malaysia menang....

kalau lah tau mcm ni rupanya suasana dalam stadium dari dulu lagi Cik Qaseh follow tau....

sokong Chelsea tak de rase cem ni pun....stakat kat luar tv, nak rase ape.....hehehehe

tunggu Malaysia vs Indonesia pulak arrrr.....26 Dis 2010 (Ahad)

Wednesday, December 15, 2010

Perbezaan di antara student, worker & orang tua...

Student = Ada masa + Ada Tenaga… tapi tak ada Duit

worker = Ada Duit + Ada Tenaga... tapi tak ada Masa
orang tua = Ada Duit + Ada masa... tapi tak ada tenaga hehee

Bihun tak suka mee?????



Bihun sangat cemburukan Mi walaupon duduk di rak bersebelahan di pasaraya,mi dengn bihun tak penah bertegur sapa..malah bihun selalu mempersendekan mi..dasar mi kuning gemuk....ingt orng suke sangat kat die tu..hari2 berlalu namun mi tidak mengendahakn segala karenah dan hinaan bihun...

Sehinggalah suatu hari pekerja pasaraya mengalihkan rak mi ke tempat laen.bihun gembira kerana tidak lagi dpt melihat musug tradisinye..keesokan harinya rak baru diletakan disebelah rak bihun iaitu rak spaghetti.bihun rasa marah dan berteriak.."HOI SI KUNING GEMUK JANGAN FIKIR AKU TAK  KENAL KAU..WALAUPUN SETELAH KAU WAT TEKNIK REBONDING..."

HEHE..dasar bihun tak laku la ni hahaha...jeles tak kene tempat.....

mertua VS menantu

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji... " katanya kepada Samat... "Boleh juga... " kata samat tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... .agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena... .

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum ada seru... katanya laa...

hahaa..due2 same...

p/s: tak agak2 betol la.....

...Flu + sakit tekak...

Sekarang ni musim ke???

Bukan musim haji daaaa.....tu dah lepas. Ni musim demam + seseme + batuk....

Aku dah terase seram sejuk dah ni.....

Semalam EL (emergency leave)...berat kepala punya pasal....idung dah sok sek dah ni....

Adoyai.....tapi sakit2 pun sempat gak merewang....ekekekek....sakit kepale, kaki jalan!!!!!

Monday, December 13, 2010

...Hehehe..Lawak Sket...

Surat Rasmi - Cara Minta Kawin Lagi



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki



p/s: ade jugak orang mcm ni...hikhik...ade ke patut......

Chapter 3 : Tanda-Tanda Lelaki Merajuk

1) Diam seribu bahasa


Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.



2) Buat tak tahu 
Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.


3) Menolak untuk keluar atau makan bersama 
Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk. 
4) Baca surat khabar 
Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.


5) Menonton TV 
Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tetapi hatinya ke lain.


6) Keluar rumah tanpa memberitahu 
Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.


7) Matikan telefon bimbit  
Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.
8) Bermuka masam 

Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.

Petua: Cubalah pujuk dengan baik apabila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh jugak, diam saja. Biarkan dia reda sendiri.  

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. 

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. 

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. 

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. 
Kemaafan adalah yang terbaikMenyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


sharing is caring : Hasni Telani (Teman Hidup Group)


p/s: jangan wujudkan perasaan benci dalam diri anda....penuhilah ia dengan kasih sayang.....