RSS

Tuesday, February 22, 2011

Bersyukurlah...

Masih ramai lagi orang diluar sana yang susah, miskin dan hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
 
Kalau pun mungkin tiada orang susah macam ini di Malaysia ini, namun, sangat pasti bahawa, kisah sebegini sangat banyak terjadi di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain negara miskin.
 
Jadi, sama-samalah kita BERSYUKUR BANYAK2 PADA ALLAH atas segala nikmat dan kurniaanNYA pada kita selama ini. Kita di Malaysia ini, hidup aman damai penuh dengan segala kenikmatan dan kemewahan.




Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah...


Mungkin ada ramai diantara kita yang befikir bahawa hidup mereka susah, namun percayalah bahawa, sesusah mana pun hidup kita, tapi kita masih OK lagi sebenarnya. Masih ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah dan miskin dari kita.
 
Jadi, BERSYUKUR lah. BERSYUKUR lah. Dan BERSYUKUR lah banyak2 pada Allah. 



Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kebahagian hidup kepada kita atas dunia yang sementara ini, lebih2 lagi kehidupan di akhirat nanti insyaAllah.
 
Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
 

  1. Solat sunat
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan zikir
  4. Selalu bersedekah
  5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang2 yang susah dan miskin
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.


Credit to Nuratiah Ismail....Sharing Is Caring....

0 comments: