RSS

Monday, February 28, 2011

It's Movie Time...

Wahhhh...dah lame betol tak tengok wayang ni....Cik Qaseh rase last movie yang Cik Qaseh tengok Khurafat kot.... So, last Saturday En. Nage ajak tengok wayang...hajatnye nak gi pasar malam jalan TAR...dah alang-alang kan, park kete kat jalan TAR, pastu kitorang naik LRT gi KLCC....muahhahahah...lame sehhh tak gi KLCC...gaji belom, cuci mate jer lah....


Kol 11 dah start menapak dari tempat parking tu ke stesen LRT Masjid Jamek. Tak de lah jauh sangat sebab kiri kanan kat pasar malam tu ramai yang dah start niage. Orang jangan cakap la...stesen LRT ni kan cem popular sket, so ramai la umatnya....


Yup....kitorang dah sampai KLCC...heheheh...nak tengok cite ape ni??? Merong Mahawangsa lambat lagi kot...last-last, kitorang decide nak tengok Black Swan...




Mula-mula memang macam tak faham tapi last-last tu....oowwhhhhhh.....paham paham paham....out of 5, Cik Qaseh bagi 4 la...not bad...seriously, Natalie Portman sangat kurus n Mila Kunis sangat cantik....and diorang nyer persembahan 'swan ballet' tu memang sangat menarik...walaupun terselit aksi-aksi yang 'tuttt...', tak der lah mencacatkan sangat pun movie ni...


Ermmm....pas ni Cik Qaseh ngan En. Nage tak sabar nak tunggu movie Hikayat Merong Mahawangsa pulak...tengok gazet cem hebat giler....hopefully, jalan citer die pun hebat gak arrr.....

Teknik Urutan Cakaran Harimau Buat Suami Tersayang



Errmmm....Cik Qaseh saje-saje je bace blog, entry lame-lame tetibe terbace pasal benda alah ni... ekeke. Dulu memang femes giler Teknik Cakaran Harimau ni, mase tu mula-mula diperkenalkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah. Kite share lah same-same erkkk....


gambar share dari isuhangat.blogspot.com


1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.

Ada Orang Sayang Awak





1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Wednesday, February 23, 2011

F.A.M.I.L.Y



Tahukah anda makna "FAMILY"? 



FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU 



" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

JIN DAN ASAL-USULNYA...

Untuk Pengetahuan Kite Bersama.... 

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya 
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal 
puluh ribu tahun lamanya .. 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk 
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. 
melaknat dan perintah turun ke bumi. 

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin 
Islam( Soleh ) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh ). 
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang 
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling 
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu 
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau 
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, 
adik-beradik jin lah tuu. 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, 
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan 
kubur. 

6) Beliau menasihat apabila in gin buang air di 
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala 
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." 

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi 
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca 
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa 
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila 
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! 

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab 
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik 
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, 
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga 
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan 
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di 
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan 
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman 
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi 
Sulaiman telah mangkat. 

8) Manusia juga dilarang membuang air di 
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu 
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di 
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah 
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di 
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca 
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu 
suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang 
yang di rasuk. 


Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang
mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari
Kiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka
Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.
Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allah
akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan
menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)



p/s: sharing is caring...

Asal-Usul Tanah Dalam Kejadian Manusia



Keanehan Kejadian Manusia
Firman Allah SWT “ Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dengan sebaik – baik kejadian “
Manusia diciptakan dari pelbagai tanah.Menurut Ibnu Abbas , tanah-tanah dari bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta nabi Adam A.S. bapa keturunan semua manusia.
Tanah tersebut ialah :
Tanah Baitulmuqqaddis : dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan kepala dan akal
Tanah Bukit Tursina ( Mesir) : dijadikan telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat
Tanah Iraq : dijadikan dahi sebagai tempat sujud kepada Allah
Tanah Aden ( Yaman ) : dijadikan muka sebagai tempat berhias dan kecantikan
Tanah Telaga Al- Kauthar : dijadikan mata sebagai tempat menarik perhatian
Tanah Al-Kauthar : dijadikan gigi sebagai tempat memanis-manis
Tanah Ka`abah : ( Makkah) ; dijadikan tangan kanan sebagai temapt mencari nafkah dan bekerjasama
Tanah ( Perancis ) : dijadikan tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak ( guna membasuh najis, air kecil atau air besar )
Tanah Khurasan ( Iran ) : dijadikan perut sebagi tempat berlapar dan diisikan makan dan minum sekadarnya
Tanah Babylon( Iraq ) : dijadikan alat kelamin ( kemaluan ) sebagai organ sekdan tempat bernafsu serta tempat yang mudah digoda oleh syaitan
Tanah Tursina ( Mesir ) :dijadikan tulang sebagai bingkai peneguh diri manusia
Tanah India : dijadikan kaki sebagai anggota untuk berdiri dan berjalan
Tanah Firdaus ( Syurga ) : dijadikan hati sebagai tempat keyakinan,keimanandan kemahuan
Tanah Taif ( Arab Saudi ) : dijadikan lidah sebagai temapt untuk mengucapkan syahadah, bersyukurdan berdoa.
Wallah hu`alam.

Kelebihan menamakan anak lelaki 'Muhamad'

Kelebihan menamakan anak lelaki 'Muhamad'

"Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi Anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik. bahawa Rasulullah saw telah bersabda : 
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar laluAllah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana saya telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka." Dan telah diriwayatkan daripada saja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satuteriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman

"Saksikanlah bahawa saya mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad" Dan daripada Ali bin Abu Talib bahawa ia telah berkata "Tidak adasuatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda." 

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yangtelah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-citahendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad makahendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

NiGhT iN pUtRaJaYa

Pas Cik Qaseh n En. Nage gi makan semalam, kitorang tak tau nak gi mane sebenarnyer....Nak jadi cerita, En. Nage ajak gi amik angin kat Putrajaya....What??? PUTRAJAYA??? Dah la keje kat Putrajaya, amik angin pun kat Putrajaya gak ker? Ehhhh.....jap..jap...hehehehe...kalau nak tau sepanjang Cik Qaseh keje kat Putrajaya ni tak pernah sekali pun kuar amik angin malam kat sini...hahahaha....shhhhh, tak yah arrr gelakkk...tak elok tu.... 


Betol la...Cik Qaseh tak tipu...ni lah first time Cik Qaseh amik gambo bangunan-bangunan kat sini...ape daaaaa Cik Qaseh ni, bikin malu jer!!! En. Nage lagi la, boleh pulak cakap dah terlupe jalan kat Putrajaya ni...tu lagi la poyos...5 tahun dok sini, baru seminggu tak keje sini, dah lupe jalan??? Ishkkkk...tak boleh terima betol....ekekeke...sebenarnye En. Nage saje wat lawak je tu....best gak erkk amik angin malam kat sini...ramai gak orang melepak...Cik Qaseh pun saje je lah menghabiskan bateri phone...amik gambo...ekekeke...


Masjid Besi
Pullman Hotel
Pullman Hotel
PICC yang blur...ekekeke
Jambatan ape tah...kat PICC tu...
Palace of Justice
Bangunan yg depan POJ...nampak tak Masjid Besi tu?



...Dinner Time...

Rase cem dah lame kot tak kuar ngan En. Nage...ekekek...yer arrr, minggu lepas kan Cik Qaseh balik kampung. Sebab tu rase cem lame giler kitorang tak open table same-same... Open table??? sapedek la...ape lagi....


Semalam pas maghrib En. Nage datang, park moto kat umah sebab kitorang gi naik kete. Nak gi mane erk??? Sebenarnye kan, Cik Qaseh teringin giler nak makan sate kat satu tempat tu tapi En. Nage liat nooo nak gi... ade tragedi katanye....tapi malam tadi En. nage bawak Cik Qaseh gi sane....Wowwww, finally, tercapai gak hasrat Cik Qaseh...ekekeke....terima kasih Abang Nage....muahhhh...muahhh....


Mulalah sesi makan-makan yang tak pandang kiri kanan sambil hidung kembang kempis mengunyah makanan...ahakkkksss....lawak-lawak...konon la nak nasi goreng ayam nasi tambah, skali datang...tak yah nasi tambah pun sebab nasi die memang banyak gile..memnag kenyang arrrr semalam. Sampai tak larat nak bawak perut...hahhahaha....


kan dah cakap, penuh meja kitorang
Nasi Goreng Ayam Berempah...RM6.00 
Sate WILLY...secucuk RM0.70
Orang tu klu dah makan...x yah la nak borak...mmg die tak layan ok!!
Hahahahha....jus buah sorang segelas. Ni makan ke kedarah ni??? Alahhhh, bukan selalu makan besar pun....makan kecik-kecik jer....kan kan kan En. Nage kan...^______^


p/s: En. Nage...pasni datang lagi ekkk??? hihihi....

Tuesday, February 22, 2011

10 tips bagaimana anda boleh menjadi pasangan yang baik



  • 1) Terima seadanya
 
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. 
 
Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.
 
 
  • 2) Berkomunikasi secara terbuka
 
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
 
  • 3) Aktiviti bersama
 
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.
 
  • 4) Tunjukkan cinta anda
 
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.
 
  • 5) Kawal perasaan
 
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.



  • 6) Jangan ungkit kisah lalu
 
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.
 
  • 7) Kurangkan rasa cemburu
 
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.
 
  • 8.) Jaga komitmen antara satu sama lain
 
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.
 
  • 9) Jujur
 
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.
 
  • 10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup
 
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.
 
 

Bersyukurlah...

Masih ramai lagi orang diluar sana yang susah, miskin dan hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
 
Kalau pun mungkin tiada orang susah macam ini di Malaysia ini, namun, sangat pasti bahawa, kisah sebegini sangat banyak terjadi di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain negara miskin.
 
Jadi, sama-samalah kita BERSYUKUR BANYAK2 PADA ALLAH atas segala nikmat dan kurniaanNYA pada kita selama ini. Kita di Malaysia ini, hidup aman damai penuh dengan segala kenikmatan dan kemewahan.




Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah...


Mungkin ada ramai diantara kita yang befikir bahawa hidup mereka susah, namun percayalah bahawa, sesusah mana pun hidup kita, tapi kita masih OK lagi sebenarnya. Masih ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah dan miskin dari kita.
 
Jadi, BERSYUKUR lah. BERSYUKUR lah. Dan BERSYUKUR lah banyak2 pada Allah. 



Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kebahagian hidup kepada kita atas dunia yang sementara ini, lebih2 lagi kehidupan di akhirat nanti insyaAllah.
 
Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
 

  1. Solat sunat
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan zikir
  4. Selalu bersedekah
  5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang2 yang susah dan miskin
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.


Credit to Nuratiah Ismail....Sharing Is Caring....