RSS

Thursday, April 7, 2011

Cemburu?


SELAGI ada bulan dan bintang, dan selagi makhluk ciptaan Tuhan yang paling istimewa ciptaan-Nya yang bernama manusia wujud di dunia, selagi itulah perasaan cemburu tidak akan pupus.
Malah, sejarah juga telah membuktikan permulaannya. Pembunuhan manusia pertama di dunia berlaku gara-gara cemburu.Kecemburuan anak lelaki sulung Nabi Adam, Qabil meluap-luap terhadap adik lelakinya, Habil. Habil dibunuh hanya kerana berkahwin dengan Aqlima.
Tanpa mengira latar belakang atau status sosial, lazimnya, cemburu wujud apabila lahir perasaan `pemilikan' seseorang terhadap yang lain.
Lazimnya, cemburu sinonim sebagai ukuran darjah cinta atau kasih sayang terhadap pasangan masing-masing.
Sebetulnya, jika dilihat dari aspek yang luas, cemburu tidak hanya terikat pada hubungan antara suami isteri atau pasangan kekasih.
Malah, ia juga wujud di kalangan ahli keluarga, seperti adik-beradik atau anak-anak. Tidak kurang yang beranggapan, cemburu seolah-olah menjadi hak eksklusif kepada wanita. Hakikatnya tidak.
Baik lelaki, mahupun wanita, ia wujud dalam diri setiap daripada kita. Kegagalan mengendalikan tingkah laku ini, menyebabkan ia sering kali dikelaskan sebagai sesuatu yang negatif.
Ia juga sering kali dilabel sebagai sebahagian `watak hitam' yang menghiasi personaliti seseorang. Dalam budaya Melayu, tingkah laku cemburu ini secara tidak langsung, diterjemahkan dalam cerita seperti Bawang Putih Bawang Merah, Lela Manja, Panji Semerang dan sebagainya.
Sekalipun, ketiga-tiga cerita ini memaparkan kisah yang berbeza, namun mesej dan tema yang ingin disampaikan adalah sama. Cemburu.
Watak-watak `cemburu' dalam persengketaan perkahwinan poligami, di kalangan orang bangsawan dan terhadap anak tiri semuanya menggambarkan watak hitam yang menakutkan.
Kesan cemburu juga bukan sedikit. Selain mengundang konflik yang tidak berkesudahan, kegagalan mengawal tingkah laku ini boleh mengundang tragedi.
``Cemburu boleh merangsang seseorang itu menjadi agresif sama ada secara lisan atau fizikal ke atas pasangannya atau orang ketiga.
``Serangan fizikal ini boleh membawa kepada kecederaan atau tragedi seperti kematian atau kemusnahan harta benda. Cemburu juga menyebabkan individu terbabit sering terhimpit dengan konflik dalaman dan dengan orang lain.
Jiwa orang yang cemburu ini sentiasa bergolak, tidak tenang dan sentiasa berperang dengan diri sendiri.
Cemburu adalah satu bentuk ancaman psikologi terhadap hubungan dalam perkahwinan atau percintaan yang terjalin, akibat kehadiran orang ketiga.
Selain itu, cemburu juga dilihat sebagai satu bentuk persaingan. Dalam persaingan, ada pihak yang kalah atau menang.
Apabila seseorang merasakan `pasangan'nya bakal ditawan oleh pihak ketiga, dan keadaan ini sukar dikendalikan, individu terbabit akan berasa terancam.
``Bagaimanapun, hubungan ketiga ini boleh jadi wujud atau hanya `bayangan' minda individu terbabit.
``Biasanya, rasa cemburu yang tidak berasas ini kesan daripada syak wasangka terhadap pasangannya,'' katanya.
Menurut Mahzan, cetusan rasa cemburu yang berlaku antara suami isteri atau pasangan kekasih adalah kerana `nilai' hubungan tersebut.
Atas sebab itulah, pasangan atau kekasih yang dianggap sebagai tempat bergantung, teman, sahabat, rakan yang membentuk ikatan ini dipastikan tidak akan terlepas atau jatuh ke tangan orang lain.
Cemburu juga bukan sekadar cetusan perasaan. Ia adalah gabungan interaksi cetusan minda, tindakan, sikap dan niat seseorang.
Ia dikelaskan sebagai satu tingkah laku sosial yang tercetus dalam situasi-situasi perubahan dalam kehidupan seharian.
Cemburu, mampu mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang. Selain itu, ia juga merobah aspek fisiologi tubuh seperti peningkatan degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah.
Bagaimanapun, rasa cemburu yang wujud ini menyebabkan individu terbabit melalui satu tindak balas psikologi.
Antaranya menyalahkan diri sendiri, membandingkan diri dengan pihak ketiga dan melihat imej diri tidak sehebat orang ketiga.
``Pelbagai reaksi emosi yang muncul seperti rasa marah, derita, takut, sedih, geram dan sebagainya.
``Dari aspek fizikal, mereka akan berpeluh, menggigil menahan kemarahan, sesak nafas, susah tidur, hilang selera makan dan mengalami kemurungan,'' ujarnya.
Perbezaan tingkah laku cemburu antara jantina
Secara umum, dari aspek keamatan atau kekerapan cemburu ini di antara lelaki dan wanita tidak banyak bezanya.
Lelaki
Biasanya, mereka akan menafikan atau mengelak apabila timbul rasa cemburu.
Tetapi, lelaki yang kecewa atau terguris kerana perasaan cemburu ini lebih cenderung untuk meluahkan rasa marah.
* Lelaki akan bertindak ganas secara fizikal apabila cemburu. Tindakan ganas ini lebih cenderung dilakukan kepada orang ketiga
* Dalam berdepan dengan cemburu, lelaki bertindak untuk mengawal dan mengekalkan harga diri.
Wanita
* Pendekatan yang digunakan oleh wanita apabila timbul rasa cemburu ialah dengan meluahkannya
* Wanita yang kecewa atau terguris kerana cemburu biasanya akan menangis, bermasam muka dan kelihatan resah gelisah atau gusar. Mereka juga akan mendera secara lisan
* Wanita lebih emosional dan bertindak balas terhadap orang ketiga. Ketika cemburu, wanita sedaya upaya berusaha untuk mengekalkan hubungan.
Kajian mendapati, wanita mencetuskan cemburu dengan lima tujuan:
* Mendapatkan ganjaran atau habuan seperti perhatian
* Menguji kekuatan hubungan mereka
* Membalas dendam kerana kecurangan pasangan
* Memperbaiki harga diri
* Menghukum pasangan.
Jenis-jenis cemburu
i. Normal
Cemburu kerana wujudnya ancaman sebenar terhadap hubungan intim mana-mana pasangan kerana kehadiran orang ketiga.
ii. Khayalan
Ia adalah cemburu yang tidak normal. Individu terbabit mempercayai secara berterusan kononnya wujud ancaman daripada pihak ketiga.
Jika ia berlanjutan, individu terbabit perlu dirujuk kepada doktor atau pakar psikiatri. Mereka juga perlu menjalani kaunseling.
iii. Melampau
Jenis yang sukar dikawal. Ia didapati hampir sama dengan mereka yang mengalami post traumatic stress. PTS ini biasanya dialami mangsa penderaan emosi, fizikal dan seksual.
Sifat cemburu yang keterlaluan atau terlampau boleh menimbulkan kesulitan.
Ada pasangan yang sanggup mengawal atau sering mengintip pergerakan pasangannya. Mereka berusaha mencari bahan-bahan bukti sebagai tanda kecurangan pasangan dan sebagainya.
Ini dikelaskan sebagai satu penyakit. Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyedari kerana merasakan perbuatannya sesuatu yang normal.
Golongan ini, memerlukan rawatan jika ia sampai ke tahap yang menyulitkan kehidupannya sendiri dan pasangan.
Tip atasi cemburu
* Tidak bertindak melulu dan kawal diri
* Selidik sesuatu dengan fikiran rasional
* Tidak memendam perasaan seorang diri
* Luahkan rasa yang terbuku di hati dengan seseorang yang dipercayai
* Berbincang dan bersemukalah dengan pasangan
* Berjumpa pakar kaunseling yang arif berhubung selok-belok rumah tangga.
Sumber : Forwarded Email

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Sumber : Forwarded Email

Wednesday, April 6, 2011

Cerita Seorang Isteri Tertekan Dengan Perkahwinannya

Saje-saje BW tadi terbace artikel ni...tersentap jugak hati ini bile membacanya...Jom lah, Cik Qaseh share ngan korang-korang semua...


Sedih,pilu,dukacita,kecewa dan macam2 lagi perasaan yang boleh digambarkan terhadap seorang wanita yang bergelar isteri kepada seorang suami yang tak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri.

Sepatutnya,seorang suami haruslah memikul tanggungjawab dalam mencari nafkah untuk anak dan isteri,tetapi lain pula jadinya terhadap kisah seoarang wanita yang terpaksa kais pagi makan pagi,kais petang makan petang bagi mencari duit untuk menampung keluarga dek sikap suaminya yang "ntah apa2 jerr"....

Mari kita baca kisah ini selanjutnya...


Saya baru 2 bulan berkahwin, masalahnya suami saya x bekerja..dulu dia ade bisnes ngan adik beradik dia tapi x tau la cam na bleh muflis disbbkan ade salah seorang adik beradiknya yg pecah amanah..sejak dari berkahwin sampai sekarang saya la yg bayar sewa umah,bil2 dan belanje dapur. Dulu masa nak kahwin pun saya buat personal loan bagi kat suami untuk buat hantaran sbb kami dah kawan lama dan bertunang dah setahun lebih,saya terpaksa buat loan tu sebab mak di kg selalu bertanya bila nak kahwin..klu ikutkan suami saya dia kata tggu dia ade duit dulu tapi x tau sampai bila..tapi ok la jgk bla saya minta duit utk bayaran bulanan dia kasi.Suami saya nie anak bongsu dan selalu x balik umah asyik balik umah mak dia je,selalu je kata mak dia sakit la padahal kat umah tu ada adik dia...saya rasa kahwin ngan x kahwin sama je sbb ekonomi saya lg teruk nak tanggung dia lagi...selalu je dia tanya saya gaji dah naik ke blm?...dan selalu suruh saya ot ..selalu gak kita org gaduh sbb saya rasa cam dia saje je mls kerja ...bila saya membebel suruh dia kerja mula la dia bagi alasan balik umah je bergaduh lebih baik dia x balik umah. Satu hal lg bab2 agama dia dia buat x tau aje,sembahyang 5 waktu tu dia buat bla saya tegur je..sembahyang jumaat x pernah pergi...saya pun heran cammana mak dia didik dia padahal mak dia dah pergi haji. Masa baru2 kahwin ari tu ari kedua kat umah mak saya kat kg dia dah kemas2 beg nak blik kl kononnya teringatkan mak dia ..saya x bagi blik dulu kerana nak jaga air muka family saya kat kg nanti ape plak org kg kata bru dua ari kahwin suami dah blik sedangkan saya cuti 2 minggu..Hari ketiga saya bagi la kunci kereta saya kat dia bagi blik kl nanti klu dia blik naik bas kecoh plak org kg...sebenarnya saya dah banyak bertolak ansur ngan dia sejak kahwin,pi mana2 lps kahwin saya yg support minyak ,makan etc..dia pulak jd makin kedekut sampai x guna lagi kereta dia klu nak pi mana2 klu saya ade bersama..bila saya bagitau dia tentang ketidakpuasan hati saya tu dia kata klu dah kahwin jgn berkira ngan suami x baik nanti x bau syurga la dan x kan ampunkan dosa saya..Yg saya heran mak & abg2 dia x bagi tau ke kat dia tanggung jawab suami tu ape...mentang2la saya bekerja & gaji pun alhamdulillah bleh la menampung hidup kat kl nie..klu bleh saya nak la berbaik2 ngan family dia tapi saya kecik hati ngan mereka sbb dulu cakap nak buat sambut menantu sebelum kahwin last2 sampai sekarang buat x tau je..family saya jenis x kisah je tapi kesian jgk kat dia org bila org kg asyik tanya x de sambut menantu ke...Kalau la family suami saya berterus terang dia org x suka saya kan senang x yah la saya teruskan perhubungan ni sampai ke jinjang perkahwinan kerana saya rasa tertekan sangat dengan perkahwinan ni..x tau la sampai bila saya boleh bertahan..

Note : Sama2 kita ambil iktibar dari cerita ini 

Sumber : Info Yang Menarik - Sharing Is Caring

Lelaki Ucap Maaf Dapat Membuat Jantung Perempuan Sihat

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu,kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan“maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah korang bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi,kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang.Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS.Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan korang.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Jangan Gunakan Perkataan SALAM


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya :“Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum”dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’yang bermaksud‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.


Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Sharing is Caring ..

Tuesday, April 5, 2011

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan

alt
Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita “ ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia."
Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.
Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya, isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.
Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic'  bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.
Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb, cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

22 Tanda Kiamat

Ketahuilah rakan-rakanku sekalian bahawa terdapat 22 tanda-tanda Hari Kiamat.Tanda-tanda tersebut adalah:-
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. 
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. 
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya. 
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 
Masihkah kita ingin menidakkan akan hampirnya hari perhitungan ini?
Sekian buat renungan bersama.
Sumbangan faridadam