RSS

Thursday, June 28, 2012

JANGAN...JANGAN...JANGAN....


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi 
  itu membuka pintu Berkat. 

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. 

  Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan 

 Manusia Makhluk yang paling Sempurna 

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

  Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

  Makruh dan mewarisi kepapaan. 

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. 

  Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati 

  boleh datang bila-bila masa. 

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama 

  manusia kalau memang Kita bersalah. 

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan 

  Kita hilang bahagia. 

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. 

  Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. 

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur 

  dan memurahkan rezeki Kita. 

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik 

  dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. 

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang 

  teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama 

  dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 

  Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

P/S: SHARING IS CARING

0 comments: