Dalam kehidupan ini ada tujuh hal yang kita TIDAK BOLEH ubah iaitu :
1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak
mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri
seadanya samada lelaki atau wanita.
2. Ibu Bapa
Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol,
pelacur mahupun perompak, tetap kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi
nasihat dan teguran tanpa henti.
3. Tarikh Lahir
Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh
memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan
sesekali kita menyesalinya.
4. Bentuk Fizikal
Jika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit
gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka
samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap
nampak aneh dan tidak semulajadi.
5. Masa Lalu
Past is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk
dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk
masa depan.
6. Kedudukan Dalam Keluarga
Kedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat
diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak
sulung.
7. Suku Bangsa
Jangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu
sering di'cop' sebagai pemalas, berusahalah untuk mengubah tanggapan
tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika
berubah maka berubahlah hidup kita.
P/S: Terimalah semua itu dengan seadanya.....
Kek Lapis Pandan Cadbury
5 years ago
0 comments:
Post a Comment