Salam....hai kengkawan....
Dah 2-3 ari gak Cik Qaseh tak hapdate blog kan??
Bukannya tak nak....bz ngan keje sket ditambah pulak ngan sakit perut...
Masuk ari ni dah 3 ari Cik Qaseh sakit...ari pertama sakit Cik Qaseh puase,
lepas berbuke terasa sakitnya menyucuk-nyucuk...
Semalam, 1 ari Cik Qaseh tak makan...malam baru dapat makan,
tu pun lepas En. Naga setlekan semua hal-hal die...azabnye menunggu....
Hari ni, pagi-pagi bangun tido, makin sakit. So,pagi-pagi lagi dah bergelumang
dengan minyak Yu Yee...Lepas makan bubur nasi tadi rase ok sket...
Adoyai...ape nak buat, redha jer lah...
Cik Qaseh sempat belek-belek artikel pasal Gastrik tadi....
Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan
disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.
Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada
waktu lewat malam atau awal pagi.
Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza,
tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk
berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih
ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan
atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk
melegakan kepedihan ini.
Seperti yang dikatakan, apabila muntah kita akan berasa lega.
Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada
bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa.
Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair. Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan
oleh asid di dalam sistem penghadaman perut.
Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut.
Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’
dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding
perut daripada ancaman asid.
Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa. Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.
Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).
0 comments:
Post a Comment