RSS

Wednesday, May 11, 2011

Bila masa yang paling bagus untuk minum air



Salam kawan-kawan....Cik Qaseh nak share something ngan korang....


Semua orang mesti tau kan, minum air adalah sangat penting dan sangat baik
untuk kesihatan. Tapi adakah korang tau bilakah masa yang PALING BAIK
untuk korang minum air? Ditambah pulak dengan sejak akhir-akhir ni cuaca 

sangat lah panas dan terik....Hahhh, memang elok la minum air banyak-banyak.


* Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa.
Tetapi air di sini adalah AIR MASAK! Jangan salah faham pulak yer. ;)

Baiklah, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus
untuk minum air?

Minumlah air secukupnya...

Minumlah air secukupnya...

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh
memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini
adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh
pakar-pakar perubatan.

*       Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya
membantu mengaktifkan organ dalaman
*       Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya
membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang
untuk kemasukan makanan
*       Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu
pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
*       Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat
mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang
secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di
atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Persoalannya sekarang, berapa gelaskah korang minum air masak dalam
sehari? Bila korang minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu
sesuai? Korang je yang tau semua tu kan...kan...kan???


Sumber : Forwarded Email

2 comments:

naga hitam said...

teh tarik bole ker....ekekekke

QASEH said...

no more teh tarik....jus tembikai kak som boleh...ekekeke