RSS

Wednesday, January 12, 2011

~~~RahmatMu~~~



Dalam meniti hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, 
sebagaimana manusia perlu sering bersyukur kepada Ilahi.
Menghargai apa yang Allah kurniakan pada kita. Membantu
pada yang memerlukan, tidak perlu tamak untuk memilikinya.
Ini semua hanya pinjaman dariNya. Tiada yang kekal di dunia
fana ini. Yang pasti kita akan kembali menemuiNya.

Setiap apa yang kita lakukan perlukan keikhlasan yang terbit
dari cahaya pancaran hati. Membantu ke arah kebaikkan dan
meringankan bebanan orang lain. Bukan membantu pada yang
menginginkan kerosakkan pada insan lain. Ingatlah setiap apa
yang dilakukan kejahatan atau kebaikkan walaupun sebesar
zarah pasti akan dihitung nanti. Jangan kerana perbuatan yang
kita lakukan merupakan perangkap bagi kita terperangkap ke-
dalam terowong yang penuh dengan kesukaran 
dan mendapatkemurkaan Tuhan.

Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu
yang telah Engkau anugerahkan kepada ku dan kepada dua 
ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau
redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam
golongan hamba-hambaMu yang soleh.
(An Naml: 19)

0 comments: