RSS

Wednesday, March 30, 2011

SUBHANALLAH....



Bentuk Otak Manusia Ternyata Menyerupai Posisi Orang Yang Bersujud


First impression dari Cik Qaseh...Subhanallah....Sangat Amazing ok!!! Selama ni tak pernah terfikir ke situ pun walaupun dah banyak kali tengok gambo otak ni...hari ni, bila 2 gambo diletakkan sekali....Masyaallah, terkedu kejap..memang seakan-akan manusia yang tengah bersujud....


Betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T...sedangkan otak pun bersujud pada Allah, inikan pula kita manusia sebagai hambanya??? 


"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada
di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan,
binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? "
[QS. Al-Hajj (22): 18]. 



Sumber : Forwarded Email

Eh...eh...same la...ekekek!!!

Penatnye menggodek-godek email....beratus lagi hah nak bace....main selak-selak jer lah jawabnye....dah kekdahnye malas membace....ekekek....ari ni tak sempat lagi nak BlogWalking...nanti-nanti lah....settle kan keje dulu...tapi sambil menyelam minum air arr der...^_^...tertengok satu email...(asal tertengok ek? bukan ke dah tengok?) hahahaha....


Comel sungguh gambo-gambo dalam email tu...baby comel, kucing pun comel...Cik Qaseh share ngan korang-korang ek....











Sumber : Forwarded Email

(^_^) Buat bakal imamku...


        Aku bermonolog sendirian, pernah ku nyatakan untuk tidak berkahwin, kerana perkahwinan bukan suatu yang mudah. Tambah pula apabila mengenangkan syabab hari ini sudah tidak berkualiti, sesungguhnya ku merindui syabab keluaran Madrasah Nabi… Tapi…perkahwinan kan satu sunnah, maka ku serahkan segalanya pada Allah, jika ada jodoh ku. Aku pun tak pasti siapakah bakal imamku? Pengharapan kita pada Allah jadi serahkan segala-galanya pada-Nya.

Buat bakal imamku,
          Aku tak pasti dan tak tahu siapakah bakal imam yang akan mengemudi masjid yang bakalku bina suatu hari nanti. Namun,hanya satu harapan ku, aku mengharapkan Allah menghadirkan seorang syabab yang mampu membimbing diri ini ke jalan yang diredhai-NYA. Buat bakal imamku, ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik rupa parasnya, yang lembut tuturnya, ku hanya insan biasa yang terkadang melakukan salah dan silap, jangalah mengharapkan kesempurnaan dari diri yang hina ini.

          Aku inginkan seorang suami yang mampu menjadi imam tika ku ingin solat, yang mampu bersamaku dalam perjuangan ini. Sedarlah bakal imamku, telahku pasakkan cintaku buat perjuangan Islam. Sedarlah bahawa bakal isterimu ini telah menginfakkan dirinya untuk perjuangan Islam kerana syahid impiannya. Jadilah dikau bakal imamku, yang sentiasa membenarkan setiap derap langkahku untuk perjuangan jihad ini.

Buat bakal imamku,
          Cita-citaku adalah untuk mati syahid sebagai mujahidah yang memperjuangkan Islam. Sanggupkah engkau bersamaku dalam perjuangan ini. Aku tak mahu bakal imamku tidak menyibukkan dirinya untuk memikirkan masalah ummah. Tak sanggup rasanya aku melihat bakal imamku hanya bersenang di rumah sedangkan ummahnya sedang menderita. Buat bakal imamku, jika kau mengahwiniku, maka kau juga perlu berkahwin dengan perjuangan jihad ini. Ya Allah Kau kurniakanlah aku seorang suami yang turut berjuang bersama untuk menegakkan syiar ISLAM. ALLAHUAKBAR!

Tips Nikah Kahwin


Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Sumber : Forwarded Email

Bila lelaki kehilangan tulang rusuk

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat Tinggal.
.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

* Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.** Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?*

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi, berfikirlah...apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??



Sumber : Forwarded Email 

Tuesday, March 29, 2011

...Breaking Fast @ Kg. Baru...

Dalam sibuk-sibuk, tak sempat-tak sempat pun dan lagi pi bukak pose kat Kg. Baru. Hehehehe....En. Nage lah ni, tringin nak makan Chicken Chop Kak Som....hahaha...Cik Qaseh layan jer....bab makan tak kisah...janji En. Nage bayar....wawwawawawawaa.... jangan mara Cik Qaseh yer....ampun bang....^_^


Mentang-mentang la En. Nage cuti yer semalam, bukan main lagi nak berjalan jauh. Sanggup meredah jem semata-mata nak makan nyer pasal...tapi memang sedap pun chicken chop kat situ. Sempat jugak lah singgah Tasik Titiwangsa sebab sampai awal......


Adoyai....asal la lambat sangat mase berjalan ni....rase cem lame je nak berbuke....perut dah berkeroncong, kepala plak dah berdenyut-denyut hahhhh.....layan jer lah!!!!

Chicken Chop n Jus Tembikai
Errrrmmmm....yummy....
Kueh ape tahhh
Alamakkkk....de lagi satu kueh la...lupe nak amik gambo....KUEH TEPUNG PELITA....

Earth Hour



Ape ade pada Earth Hour?

Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF (World Wide Fund For Nature)juga dikenali sebagai World Wildlife Fund.Aktiviti kempen ni selalunya diadakan pada setiap hari sabtu pada bulan Mac setiap tahun. Pada tarikh ini selalunya lampu akan dipadam selama sejam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ni.

Earth Hour adalah program berunsur kecintaan alam yang pada mulanya dilaksanakan di Australia. Melihat inisiatif mulia ini, program ini mula dilakukan kalau di 38 negara di dunia. Program ini terus berkembang menjadikan peserta negara dunia meningkat kepada 128 negara. Seluruh dunia akan menutup alatan-alatan berkaitan elektrik selama satu jam pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun. Eiffel Tower, Twin Tower dan ribuan mercu tanda setiap negara juga menyertainya.

EARTH HOUR 2011 AKAN DILAKSANAKAN PADA HARI SABTU NI 26 MAC BERMULA 8.30 MLM DAN BERAKHIR PADA 9.30

Hah....terkujat terkejut korang tetibe pulak Cik Qaseh kuar entri ni...saje je nak highlight aktiviti yang Cik Qaseh buat Sabtu lepas...ekeke... Dari tengah hari membawa ke petang Cik Qaseh di Metro Point temankan En. Nage lawan boling antara bahagian ape tah.....penatnye melengguk kat situ....tapi ape boleh buat...dah tanggungjawab kan....ececececehhhhh....tak boleh blah betol statement!!! Huhhhhh........

Malamnye kitorang berEARTH HOUR kat Bukit Ampang...lame wooo tak lepak sane...dulu ade gak gi sane makan steambot sambil layan view KL waktu malam....best giler kot!!! So, malam tu sambil minum milo panas and makan otak-otak, kitorang layan la view KLCC and KL TOWER without lampu.....EARTH HOUR lah katakan.....

KLCC n KL Tower yang gelap...

Layan Otak-otak yang masih panas-panas lagi...
En. Nage layan milo panas
Sedap wooooo....
Gerai steamboat....
Taraaa....KLCC n KL Tower dah de lampu...

Petua : Kurangkan sakit gigi & cabut gigi

Salam.....wah, entri...tak ingat nyer. Mentang-mentang lah Cik Qaseh baru je pas kene sakit gigi dan baru cabut gigi...ekekekek....bukannye ape, saje jer nak share ngan kawan-kawan....ekekkek....sambil share info, sambil la Cik Qaseh bercerita.....


Petua bagaimana untuk mengurangkan sakit gigi

Kepada yang sedang sakit gigi, kalau anda tak ada ubat tahan sakit (contohnya ponstant atau panadol pun boleh), maka anda bolehlah cuba petua kurangkan sakit gigi seperti di bawah ini.
 
Caranya, ambil beberapa bunga cengkih dan kunyah . Letakkan bunga cengkih yang dikunyah terkena pada gigi yang berlubang atau sakit tu. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.
 
Lagi satu petua ialah, cuba berkumur dengan air garam beberapa ketika. InsyaAllah ia mengurangkan rasa sakit gigi juga.


 Errrmmm, tapi kan Cik Qaseh ari tu macam-macam buat tapi memang semua tak jalan pun...huhuhu...bertambah sakit ade la....makan ponstant, makin sakit jer...gosok gigi berkali-kali, kumur ngan listerine lah, air garam lah...tak jugak kebah...siap letak ubat gigi ngan garam lagi dalam gigi tu...hampeh jer....beria sakit...kesudahannye Cik Qaseh letak minyak cap kapak....berangin-angin....baru lah lege sikit...baru lah boleh tido.... 


Petua bagaimana untuk mencabut gigi

Memang betul pun. Doktor pun ada cakap. Paling sakit, cabut gigi geraham lah. Sebab tunjangnya panjang. Ada beberapa tips @ petua untuk cabut gigi ni.
  1. Kalau nak cabut gigi, jangan cabut waktu tengahari sebab nanti darah banyak keluar dan lambat kering. Cabut gigi seelok-eloknya pagi sebelum pukul 11 atau sebelah petang selepas pukul 5 petang.
  2. Sebelum cabut gigi, disarankan untuk makan kenyang-kenyang. Sebab lepas dah cabut gigi nanti, mulut masih rasa kebas, darah masih keluar dan susah nak makan.
  3. Selepas cabut gigi, eloklah untuk minum air sejuk (ais), tak kisah lah air sirap ker, air cincau ker atau teh o ais limau. Yang penting air tu mesti sejuk (ada ais) agar luka kesan cabutan gigi cepat mengecut@sembuh.
  4. Kalau boleh, cari dentist (doktor gigi) yang paling anda suka dan service nya professional. Jangan main redah jer kat mana-mana. Bukan apa, setidak-tidaknya kalau doktor tu bagus, boleh juga dia tolong ‘cool down’ @ tenangkan kita.
 Yang ni memang depend pada korang la kan sama ada nak gi klinik swasta @ klinik kerajaan.Macam Cik Qaseh, seumur hidup cabut gigi di private je...memang tak de pengalaman langsung gi government. Tapi ari tu sebab dah tak daya nak menahan sakit, gi jer lah walaupun tau orang ramai giler...nak tunggu turn punyer lah lame...azabnyer...Allah je yang tau!Dah la tu, dibantainya cucuk ubat kebas 4-5 kali, pastu suh tunggu kat luar...mulut rase kembang giler kot.Dah rase kebas tu ok lah sket. Korang bayangkanlah, kol 8-15 am sampai,kol 10 baru dapat masuk.Bile masuk je bilik doktor tu for 2nd time, punyerlah berdebar.Die punyer beria nak cabut sampai kepala Cik Qaseh ni terteleng lah. Adoyai...sakit giler kot!!!! Sakit lahwehhhhhh.....terkoyak rabak gusi Cik Qaseh...kalau kat private dah kene jahit dah ni tapi kat govt. ni sempoi jer....blah cem tu jer kot! Ubat pun tak de, MC apatah lagi....huhuhu...tobat terus dah Cik Qaseh, pasni tak nak gi govt lagi.....
  
  

Lawak lagi : Lelaki kena kahwin 3 baru OK?

Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.
 
Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
 
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
 
      Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
       Isteri : Kenapa pula?
 

      Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris “satu” is one,
                  “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
 
       Isteri  : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang

                  “singular” dan “plural”.
 

      Suami  : Berkenaan apa tu?

       Isteri  :  Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.
 

      Suami : Contohnya?
 
       Isteri  : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. 

                  Kalau 2 kereta,jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?


      Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan? 

       Isteri  : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.
 
      Suami : Macam mana pula boleh sama? 

       Isteri  : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi 
                  plural bang. Maka tambahkan saja “S”.Abang MAMPUS lah kalau nak 
                  dua atau lebih1 isteri.
 
Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. Hehehehe....

Sumber : Forwarded Email
 

Tanda-tanda orang lelaki merajuk...


Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Betol...betol..betol...(bak kate upin ipin), En.Nage selalu cem ni...hihi

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud. Lagi la betol...kite cakap die boleh wat dek jer...siap boleh cakap lagi, "dok diam-diam kat situ"....ishk, pereng giler kot!!!

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... ) Ishk...makan tetap makan, tapi tak meriah cem selalu arrrr....tak best sungguh waktu ni!!! Huhuhu...

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia) Uishhh, nasib baik la En. Nage tak macam ni...tapi muka bengang tu tetap ade arrrrr......hehehe

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta. Errrrrmmmmm,ade ker??? Jap-jap nak fikir....

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb! Hahhhh....yang ni belom nampak lagi....tak tau lah kalau pas kawen nanti. Harap-harap tak la....

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je! Ni pun ade gak....suka hati die je nak melencong ke mane pun, bile tanye wat dekkk jer...

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! Hahahaha...ni Cik Qaseh, bukannye En.Nage....wawwawawawa... En. Nage jawab phone tapi diam jer pastu letak.....ishk...

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun..Yang ni memang tak arrrr, sebab En. Nage dah lame BERHENTI MEROKOK!!!! Yeyyy.....

Bahana orang tinggal Solat

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dgn sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dgn azab iaitu Neraka Saqar sebagaimana 


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Apakah yg menyebabkan kamu diheret ke Neraka Saqar? Mereka menjawab, "Kami tidak menunaikan sembahyang" 

Sementara itu setengah para ulama membuat andaian berdasarkan hadis-hadis.... Orang2 yang meninggalkan sembahyang fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut: 


1- Sembahyang Subuh - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya kedalam neraka selama 60 tahun 

2- Sembahyang Zohor - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam 

3- Sembahyang Asar - Barang siapa yang meningalkan sembahyang Asar dengan sengaja dosanya sama seperti meruntukan Ka'abah 

4- Sembahyang Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi org2 lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi org2 perempuan 

5- Sembahyang Isya' - Barang siapa yang meninggalkan Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal didunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah.Segala gerak geri adalah semata2 dalam keadaan berdosa kepada Allah swt. 



Sumber: Forwarded Email

...nGaNtUk...



ARI NI TAK DE MOOD GILER NAK HAPDATE BLOG!

DARI PAGI SAMPAI SEKARANG MATE MACAM DILETAK GAM UHU....NGANTUK!

NI MESTI GARA-GARA UBAT MIGRAIN SEMALAM....

MEMANG POWER ARRRGHH UBAT TU....2-3 ARI BOLEH LAYAN NGANTUK....

NANTI LAH, KALAU DAH OK TI, CIK QASEH HAPDATE EN3 BARU K....DAAA