RSS

Monday, April 4, 2011

Kisah Apartment 60 Tingkat & 3 Orang Sahabat

Ada tiga orang sahabat..Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.
Ali: Macam mana ni… rumah kita atas sekali pulak tu?
Abu: Aduhhhh… bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?
Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje… kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.
Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.
Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku… bla bla bla bla bla…
Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita.
Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang… bla bla bla bla…
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih… punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk. Mamat: Alaaaaaa… korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.
Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
Mamat: Emmmm… mungkin hari ini dalam sejarah…
Abu: Cerita aje le… kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.
Mamat: Aku sedih kerana… KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA…

...CORNeo Crackers...



Pagi-pagi lagi dah breakfast ngan CORNeo Crackers ni....ape ni??? Helo.....sila bace dan faham betol-betol k.. Alahhhhhh, biskut la ape lagi.....




Breakfast : 2 paket CORNeo (6 keping) + secawan milo panas
Lunch : Pop corn (En. Nage beli kat pasar malam)
Minum petang : 1 paket CORNeo (3 keping) + secawan milo panas

Hahhhhh? Ni jer ke Cik Qaseh makan.....huhuhu....belom gaji maaaaaa!!!!!
Karang balik pikir ape nak makan tok dinner pulak....
Bak kate pepatah, 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang"
Ingatkan nak puase cem selalu, Isnin & Khamis...tapi ari ni tak daye sebab semalam megren lagi...tak sanggup nak menahan sakit... huhuhu....layan je la....

P/S: En. Nage, sian Cik Qaseh kan??? huhuhu,sian gak En.Nage.T gaji kite open table k


Touching Giler Kot...

Waaaa....dengar entry cem sedih je...Sedih ke Cik Qaseh??? Kalau tanye Cik Qaseh, of coz la...touching giler kot!


Jumaat lepas,ikutkan memang tak plan pun nak jumpe En. Nage sebab kitorang nak jumpe ari Sabtu. Malam tu saje la nak ilangkan bosan, kitorang pun msg-msg la....macam biase la, buat ape, dah makan ke belum...Cik Qaseh pun macam biase jawab je la...tak buat pape, tak makan pun, malas arrrr...lagi pun bukannye de pape pun untuk dimasak...biaselah blom gaji kannnnn....alih-alih dapat message dari En. Nage cakap nak datang ngan MIL antar makan... Ishk, tak yah la susah-susah...lagi pun Cik Qaseh malas nak makan malam...hehehe...En. Nage berkeras gak nak datang, die suh tunggu je...ermmmmm, alahai...terharu sungguh la....


Tak sampai setengah jam En. Nage ngan MIL sampai. Bukan 1, bukan 2, tapi 3 plastik k... wahhh, susah-susah je......bau yang kuar dari salah satu beg plastik tu punyerlah sedap....


Nasi Goreng Kampung...sedap sangat kot...
Memang mabeles argghhhh....makan pulak panas-panas...memang syok giler kot!!!ekekek...
Pastu belek-belek lagi 2 beg plastik......jeng-jeng...............



Bihun n tepung gandum...suh wat cekodok la tu....
Minyak, telur, cili kering n bawang...
Adussssss....tak terbalas rasenye jasa MIL ni....baik sangat dengan Cik Qaseh...untuk membalas jasa baik dorang....esoknye Cik Qaseh masakkan bihun goreng n cekodok tok MIL ngan En. Nage.....heheheh, jangan tak tau...En.Nage amat menyintai masakan Cik Qaseh k...hahahahaha....

Wekend @ Tasik Permaisuri....

Asyik-asyik Tasik Permaisuri....tak de tempat lain ke nak pegi??? En. Nage ni.....gi la tasik lain pulak....hahhh, dah kekdahnya tasik ni je yang paling dekat ngan BTR kan? confem-confem la gi situ je....hahahaha...Cik Qaseh nak story la kan...2 hari cuti ujung minggu Sabtu n Ahad, melepak kat tempat yang same jer...TASIK PERMAISURI...dah namenye nak beriadah kan, jogging-jogging manje gitu sambil menyedut udara segar plus cuci-cuci mate....haruslah kat sini Cik Qaseh oooiiii.....apee daaaa.....

Alkisahnye,ari sabtu plan nak gi kedai tayar, nak gi survey tayar kete...kete pulak wat hal...tengok2 tayar sudah kempis!!! Adoyaiii.....asal pulak ni? patut la sebelum ni 2 hari sekali kene pam...rupa-rupanya 'k.o' terus...sudahnya, tepon EN. Nage suh datang tengokkan. Nak gerak kan kete tu memang tak boleh dah...Cik Qaeh rase ade paku la...ni mesti kes pas accident ari tu...anto kete kat bengkel...agaknya de paku kot kat area situ. En. Nage datang terus bukak tayar. Hahhhhhh, memang confem. Ade 3 paku. Terus bawak gi kedai,tampal. Pas setle semua tu baru gerak gi kedai tayar kat Maluri. Agak jugak la harga tayar pun...huhuhu... Rabak...rabak......

Dah tak tau nak gi teruslah gi melepak kat tasik...uishhh,ramainye umat manusia....hehehe..Sempat la jugak 2 round kat tasik tu...JALAN ok...bukan JOGGING...tak kan lah nak berjogging pakai suar jeans kan...tak agak betol...





Hari Ahad pun beriadah di tempat yang same...tapi ni semangat sket...7.45a.m dah de kat sini k...siap bawak bala tentera lagi....jogging-jogging manje arrr, ape lagi...tu pun hampir pengsan...terhungap den....wawwawawa....








Friday, April 1, 2011

Di Saat Anda....


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je.. 
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. 
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. 
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. 
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari,ia stroke. ............
 
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . 
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"

April Fool: Hari Umat Islam Dibunuh


Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah ituApril Fool yang sebenarnya?

Sejarah April Fool
Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakanApril Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. PerayaanApril Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakanApril Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.



Sumber : Forwarded Email

Anda tidur berdengkur? 10 fakta tentang berdengkur

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.

Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.
Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.


4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.
Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.
Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.
Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.
Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.

Sumber : Forwarded Email